Now you're my ENEMY . FULLSTOP
28.4.11 | 2:44 AM | 0 comments

SIAPA TAHAN?
siapa tahan kalau tiap hari macam ni?
siapa tahan kalau tiap hari nampak depan mata?
siapa tahan kalau tiap hari encik air mata mengalir?
siapa tahan kalau tiap hari tak boleh nak focus?
siapa tahan kalau tiap hari mengadu kat kawan kawan?
siapa tahan kalau tiap hari keluar kelas pergi tandas menangis kat situ?
siapa tahan kalau tiap hari orang kata macam-macam pasal kau dengan dengan dia?

TAPI kau?
kau tak tahu dan buat-buat tak tahu
kau lagi bahagia dengan dia
kau tak pernah kesah semua ni
kau tak rasa apa aku rasa
kau tak tahu pedih ni macam mana
kau tak hargai semuanya
kau sia-siakan semua ni macam tu aje

MUNGKIN
dia terbaik untuk kau
dia lagi perfect di mata kau
dia lagi baik dari aku
dia hebat
dia pandai jaga hati kau
TAPI
kenapa kau tak terus terang?
kenapa kau nak sembunyikan semua ni?
kenapa kau tak boleh setia macam aku?
kenapa kau berubah macam tu je?
kenapa kau keluar seronok dengan dia sedangkan aku masih tunggu msg kau?
kenapa kau nak rahsiakan?
kenapa kau tipu...aku?

aku dah buat segalanya untuk kau
macam ni ke cara kau balas semuanya?
mungkin betul kata mama
kalau aku dengar dari dulu
mesti semua ni takkan terjadi
kawan kawan bilang
yang dah lepas tu biarkan je la
kau bukan yang terbaik untuk aku
mungkin satu hari aku akan dapat yang lagi bagus dari kau
yang lagi boleh hargai aku

AKU cuma nak kau tahu
yang kau hanya sia-siakan semuanya
selama 3 tahun
hanya berakhir begitu sahaja
BILA kau dah sedar
bila kau dah menyesal
jangan dengan mudah senang kau cari aku lagi
aku dah tak kenal kau siapa
kalau kau merayu macam dulu pun
aku dah takkan balik pada kau
tapi kau jangan risau, semuanya aku ikhlaskan :)
TERIMA KASIH atas segalanya
terima kasih sebab kau berjaya menjadi seorang penipu yang handal
teruskan menipu dan menipu orang lain
terima kasih sebab kau berjaya menyakitkan hati orang yang betul-betul ikhlas sayang kau
teruskan laa dengan perangai kau,
sudah aku bilang untuk kau ubah perangai kau
dan kau bilang bahawa kau sudah berubah
tetapi itu semua omong kosong :)
Kalau satu hari semua ni terjadi pada kau,
Jangan menyesal sayang, jangan menyesal
:)
Kepada gadis tu,
buat apa kita nak gaduh hanya lelaki yang tak seberapa tu kan?
Apa guna lagi aku tulis panjang-panjang
semuanya sudah berakhir
aku redha, mungkin ini dugaan
dan aku harap lepas ni,
aku takkan jumpa manusia macam kau
yang tak pernah ada hati perasaan.
Tapi aku masih ingat msg last yang kau beri
dan aku takkan lupa msg tu. Dan lihat je la, aku akan buktikan yang kalau aku dah ad bf baru, aku akan bersama dengannya lebih dari 3 tahun. Cuma kau jangan menyesal sudah :)
AND now you're my ENEMY. FULLSTOP